3 anak Tun Daim sudah keluar dari Malaysia

3 anak Tun Daim sudah keluar dari Malaysia


mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati tiga daripada empat anak bekas menteri, Tun Daim Zainudin yang dijejaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan rekod, ketiga-tiga mereka dikesan keluar dari Malaysia pada hujung Januari dan awal bulan ini.

Menurutnya, lokasi keberadaan mereka tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ya, saya sahkan mereka sudah pun keluar daripada Malaysia kecuali seorang anak yang buat masa ini tiada rekod pergerakan keluar dari negara ini.

“Pihaknya akan akan menyalurkan maklumat diperlukan oleh SPRM berdasarkan rekod jabatan itu,” katanya ketika dihubungi tadi.

SPRM sebelum ini memaklumkan sedang mengesan empat anak Daim bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

SPRM dalam kenyataan berkata, Individu yang sedang dikesan ialah Asnida Abdul Daim yang mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor.

Turut dikesan ialah Md Wira Dani Abdul Daim dengan alamat terakhir di No 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang, 53100 Kuala Lumpur.

Dua lagi individu ialah Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin yang mempunyai alamat terakhir di No 6, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku, 50480, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohamad Daeem Mohd Ali di talian 017-9127217 atau emel mohamad.daeem@sprm.gov.my.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Ahmad Aiman Ramly di talian 011-61930814 atau emel ahmad.aiman@sprm.gov.my.

“Selain itu, orang ramai turut boleh menghubungi Muhamad Ridhwan Mat Hussain di talian 019-9895174 atau emel ridhwan.hussain@sprm.gov.my serta Hardiansyah Ismail di talian 013-5639147 atau emel hardiansyah@sprm.gov.my bagi membantu siasatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top