3 ditahan, disyaki terbabit sindiket edar ganja

3 ditahan, disyaki terbabit sindiket edar ganja



am@hmetro.com.my

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar aktiviti sindiket pengedaran dadah jenis ganja seberat 25.921 kilogram bernilai RM79,680 susulan penahanan dua lelaki dan seorang wanita di di kawasan parkir di Gelugor, 4.45 petang, semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut merampas kotak bertulisan Siam mengandungi 20 ketulan dadah disyaki ganja dan beg mengandungi lima ketulan ganja dibalut dengan kertas merah.

“Pengedaran dadah oleh sindiket itu bergiat aktif pada pertengahan tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati kesemua tangkapan negatif daripada sebarang pengambilan dadah dan mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

“Kesemua tangkapan berusia 19 hingga 49 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 8 November ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan rotan yang tidak kurang daripada 12 sebatan,” katanya lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top