Syarikat pendingin hawa tempatan, Acson Malaysia, baru-baru ini meraikan satu lagi pencapaian penting dengan menyambut ulang tahun ke-40 penubuhannya.
Sepanjang empat dekad ini, Acson Malaysia menjadi jenama yang sinonim dengan penyelesaian penyejukan inovatif yang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ditubuhkan pada tahun 1984, Acson Malaysia berkembang pesat dengan menawarkan pelbagai produk yang memenuhi keperluan pengguna, dari rumah kediaman sehinggalah ke premis komersial.
Komitmen terhadap kualiti dan keandalan menjadikan Acson Malaysia sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari keselesaan dan penjimatan tenaga.
Seiring dengan perkembangan teknologi, Acson Malaysia juga komited dalam menjaga alam sekitar dengan mengambil beberapa langkah proaktif untuk mengurangkan impak terhadap bumi.
Antara inisiatif utama adalah dengan penggunaan penyejuk alam sekitar yang lebih mesra alam dan berupaya mengurangkan penggunaan tenaga secara signifikan melalui penyaman udara inverter mereka.
Selain itu, Acson Malaysia juga aktif dalam program kitar semula bahan pendingin di mana syarikat bekerjasama dengan pihak berkuasa, perniagaan dan isi rumah dengan menggalakkan pengumpulan bahan penyejuk terpakai.
Ia termasuk menyediakan lokasi ‘drop-off’, mengatur pemacu pengumpulan dan memastikan penyejuk yang dikumpul dilupuskan mengikut garis panduan kitar semula.
Dalam pada itu, Acson Malaysia turut membangunkan aplikasi MY Acson bagi membolehkan pengguna mengawal unit mereka dari jauh dan memantau penggunaan tenaga.
Tidak hanya menawarkan penyaman udara, Acson Malaysia juga menampilkan rangkaian produk lain seperti alat penyahlembapan, penulen udara, kipas meja USB dan penyelesaian rumah pintar (smart home solutions), mencerminkan komitmen syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia.
Di samping itu, dedikasi Acson Malaysia terhadap kemampanan terbukti bukan sahaja dalam penawaran produknya malah dalam operasinya.
Syarikat itu juga melaksanakan penyelesaian pintar (smart solution) di dalam ibu pejabat dan cawangannya bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga.
Ini termasuk melengkapkan penghawa dingin dengan modul pintar yang disambungkan kepada aplikasi mudah alih dan memasang ‘Smart Human Presence Sensors’ di beberapa bilik mesyuarat untuk buka dan tutup secara automatik apabila tidak digunakan.
Pelaksanaan ini sekali gus menetapkan penanda aras bagi penjimatan tenaga dalam industri.
Pelaburan masa hadapan
Dalam usaha memupuk generasi industri profesional pada masa akan datang, Acson Malaysia bekerjasama dengan beberapa badan kerajaan dan institusi pendidikan bagi menyediakan program latihan kepada juruteknik.
Antara yang terlibat termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).
Inisiatif ini sekali gus memastikan industri terus mempunyai pakar dan profesional yang mampu memberikan perkhidmatan luar biasa buat pengguna.
Komited dengan pertumbuhan yang berterusan, Acson Malaysia akan kekal menumpukan fokus jenama terhadap inovasi, kemampanan dan kepuasan pelanggan serta menyediakan penyelesaian penyaman udara terbaik kepada rakyat Malaysia.
Sempena ulang tahun yang ke-40, Acson Malaysia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan, rakan kongsi, dan pekerja mereka atas sumbangan berharga kepada kejayaan syarikat.
Empat dekad bukanlah satu tempoh yang singkat. Sepanjang tempoh ini, Acson Malaysia membuktikan bahawa ia sebuah jenama yang boleh dipercayai dan inovatif.
Dengan semangat yang teguh, Acson Malaysia akan terus berkembang dan memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat.
© New Straits Times Press (M) Bhd