syafil.syazwan@hmetro.com.my
Venice: Pembikin filem, Sarah Friedland suarakan bantahan mengenai pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza ketika menerima anugerah di Festival Filem Venice.
Sarah yang menerima anugerah Lion of the Future – Luigi De Laurentiis menerusi filem Familiar Touch berkata, ini adalah tanggungjawab dirinya sebagai anak seni untuk menggunakan platformnya.
“Sebagai seorang seniman Yahudi Amerika yang berkarya dalam medium berasaskan masa, saya ingin menyatakan bahawa saya menerima anugerah ini pada hari ke-336 pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza dan tahun ke-76 penjajahan.
“Saya percaya, menjadi tanggungjawab kita sebagai pekerja filem untuk menggunakan platform institusi yang kita kerjakan bagi menangani kekebalan Israel di peringkat global,” katanya.
Tambah Sarah, dia juga berdiri teguh bersama rakyat Palestin.
“Saya berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan perjuangan mereka untuk pembebasan,” katanya.
Di acara sama, Sarah turut memenangi anugerah Winner Venice Horizons untuk kategori Pengarah Terbaik menerusi filem sama dan filem Familiar Touch itu juga turut tercalon dalam kategori Filem Terbaik.
© New Straits Times Press (M) Bhd