September 8, 2024

7 lelaki ditahan, senapang dan peluru hidup dirampas

7 lelaki ditahan, senapang dan peluru hidup dirampas



am@hmetro.com.my

Kluang: Tujuh lelaki ditahan bersama tiga senapang patah dan 18 butir peluru hidup di Kampung Baru Dalam, di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mereka yang berusia 34 hingga 39 tahun itu ditahan pada 1 Jun lalu, dalam operasi oleh penguat kuasa Perhilitan Johor dan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam.

“Pada 4.55 petang 1 Jun lalu, pasukan penguatkuasaan menahan pacuan empat roda dinaiki suspek dan turut menemukan seekor kijang dan 12 ayam hutan yang sudah mati, selain senjata api berkenaan.

“Untuk itu, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, semua suspek yang tiada rekod jenayah lampau itu direman lima hari bermula Ahad lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top