9 Makanan Sihat LAUDYA CYNTHIA BELLA Demi Mengekalkan Berat Badan Ideal – Hijabista

9 Makanan Sihat LAUDYA CYNTHIA BELLA Demi Mengekalkan Berat Badan Ideal – Hijabista

Berkat konsistensinya melakukan diet, berat badan aktres Indonesia terkenal, Laudya Cynthia Bella sentiasa ‘maintain’.

Selepas berunding dengan pakar pemakanan, aktres yang terkenal dengan panggilan Bella ini mengikuti program diet sejak Disember 2021.

9 Makanan Sihat LAUDYA CYNTHIA BELLA Demi Mengekalkan Berat Badan Ideal
Kredit Foto: laudyacynthiabella

Anak kelahiran Bandung ini mengakui berat badannya pernah mencecah sehingga lebih 60kg sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berdiet.

Berkat amalan pemakanan yang konsisten, berat Bella kini mula stabil mengikut berat idealnya.

9 Makanan Sihat LAUDYA CYNTHIA BELLA Demi Mengekalkan Berat Badan Ideal9 Makanan Sihat LAUDYA CYNTHIA BELLA Demi Mengekalkan Berat Badan Ideal
Kredit Foto: laudyacynthiabella

Bella yang dilahirkan pada 24 Februari 1988, memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengurangan kalori termasuk memilih jenis makanan yang sesuai untuk tubuhnya.

BACA JUGA: Dilihat Kerap Memakai Abaya, 8 Outfit LAUDYA CYNTHIA BELLA Ini Sejuk Mata Memandang!

Disebabkan Bella menghadkan pengambilan karbohidrat termasuk nasi putih, dia beralih pula kepada shirataki, nasi konjac, quinoa, dan lain-lain.

9 Makanan Sihat LAUDYA CYNTHIA BELLA Demi Mengekalkan Berat Badan Ideal9 Makanan Sihat LAUDYA CYNTHIA BELLA Demi Mengekalkan Berat Badan Ideal
Kredit Foto: laudyacynthiabella

Bella juga tidak kurang selektif tentang lauk pauk yang diambilnya. Dia cuba sedaya upaya untuk memilih makanan yang lengkap supaya berat badannya tidak mudah naik dan kekal cergas setiap hari.

Bagi mengekalkan kualiti pemakanannya, Bella lebih kerap memasak lauk pauk yang dimakannya sendiri.

Berikut 9 menu sihat pilihan Bella.

DAGING
Bella kerap juga makan daging terutama daging lembu. Biasanya dibuat stik atau tumis. Jumlah daging lembu yang biasa dimakan semasa diet ialah sekitar 85g.

IKAN
Bella biasanya mengambil 100g ikan dan dimakan ketika makan tengahari dan makan malam. Jenis ikan pula tidak kisah asalkan tidak digoreng. Ikan mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin D. Disyorkan oleh pakar, ikan adalah baik untuk dimakan dua kali seminggu untuk menyokong diet sihat.

AYAM

Jika tidak ambil ikan, Bella akan gantikannya dengan ayam. Melaporkan daripada indiatoday.in, ayam mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak. Jadi lauk ini boleh berfungsi untuk menguatkan otot, menurunkan berat badan, menyihatkan tulang, dan sebagainya.

Bella juga sering mencampurkan daging dengan sayur-sayuran. Salah satunya ayam dengan kubis cina. Mengimbangi pengambilan daging dan sayur-sayuran sangat berkesan dalam menyokong penurunan berat badan

PUTIH TELUR
Bella memilih bahagian putih sahaja kerana mengandungi protein yang tinggi untuk membina otot dan membakar lemak.

Selain itu, putih telur sesuai untuk diet kerana ia rendah kalori, lemak dan kolesterol. Putih telur juga mempunyai rasa yang enak dan boleh diolah menjadi pelbagai menu harian.

CENDAWAN
Cendawan ialah sumber protein. Melaporkan dari webmd.com, cendawan berguna untuk diet kerana ia rendah kalori, tinggi serat, dan boleh menjadi sumber protein serta antioksidan bagi meningkatkan metabolisme badan.

TAUHU
Bella juga kerap makan tauhu yang digoreng tanpa minyak. Bella menggorengnya dalam air fryer. Tauhu kaya dengan protein dan asid amino untuk menyokong penurunan berat badan.

TEMPE
Tempe juga sering menjadi pilihan Bella dalam dietnya. Bukan sahaja bagus untuk penurunan berat badan, tempe juga boleh meningkatkan kolesterol, menjaga kesihatan jantung, mencegah keradangan, dan pelbagai khasiat lain.

SOTONG
Sesekali, Bella turut mengambil makanan laut seperti sotong yang tinggi protein, asid lemak omega-3, vitamin C, zat besi dan kalsium yang membantu menurunkan berat badan. Namun, jangan terlalu kerap makan sotong kerana ia boleh memberi kesan tidak baik di kemudian hari terutama bagi mereka yang alah dengan makanan laut.

UDANG
Bella juga gemar makan udang goreng tanpa minyak. Udang mengandungi protein yang tinggi, rendah kalori dan lemak, serta kaya dengan antioksidan untuk meningkatkan metabolisme badan ketika berdiet.

OR

Scroll to Top