Arsenal kempunan tewaskan 10 pemain Chelsea

Arsenal kempunan tewaskan 10 pemain Chelsea

Arsenal kempunan tewaskan 10 pemain Chelsea


Arsenal dan Chelsea terikat 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. FOTO: AFP

BEKAS penyerang Arsenal, Theo Walcott mengakui The Gunners mungkin berasa ralat kerana gagal menewaskan Chelsea yang beraksi dengan 10 pemain, namun percaya keputusan seri 1-1 di Stamford Bridge itu tetap satu keputusan yang positif.

Dalam aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad, skuad kendalian Mikel Arteta terikat seri menentang The Blues biarpun tuan rumah kehilangan perancang utama, Moises Caicedo yang dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama akibat kekasarannya terhadap Mikel Merino.

Biarpun beraksi kekurangan pemain, Chelsea mengejutkan pelawat apabila Trevoh Chalobah menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan penjuru, sekali gus meletakkan tekanan kepada pendahulu liga itu untuk bangkit.

Mikel Merino berjaya menyamakan kedudukan buat Arsenal dari jarak dekat, namun biarpun memiliki kelebihan lebih 30 minit untuk memburu gol kemenangan, benteng Chelsea kental bertahan sehingga wisel penamat.

“Bermain menentang 10 orang, anda pasti kecewa jika tidak meraih kemenangan kerana kelebihan memihak kepada anda.

“Namun, mereka (Arsenal) pasti akan menerima keputusan ini jika ditanya pada awal permainan.

“Jangan nafikan apa yang Arsenal telah lakukan setakat ini. Ya, ada sedikit kekecewaan kerana gagal melebarkan jurang mata, tetapi keputusan ini tidak akan menjejaskan misi kejuaraan mereka.

“Chelsea adalah pencabar terdekat ketika ini dan Arsenal berjaya mengekalkan jarak mata tersebut,” katanya kepada Sky Sports.

Keputusan seri itu menyaksikan Chelsea kekal enam mata di belakang Arsenal selaku pendahulu liga. Pencabar terdekat kini adalah Manchester City yang merapatkan jurang kepada lima mata selepas kemenangan lewat ke atas Leeds United.



Source link

OR

Scroll to Top