Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra meminta hadiah gelang tangan daripada bapanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-15.
Memetik Oh Bulan, Qadejah berkata gelang tersebut dianggarkan berharga RM25,000 dan hanya boleh didapati di butik luar negara.
BACA: Qadejah Anggap Beli Jam Mewah Sebagai Pelaburan
“Saya ada minta hadiah gelang daripada abah, harganya sekitar RM25,000. Saya ada lihat dalam website atas talian baru-baru ini.
“Saya mula minat gelang itu sejak beberapa minggu lalu. Gelang itu kalau nak beli kena pergi luar negara, di Malaysia tiada. Abah saya kaya, kacak dan menawan. Harap dia belikan saya hadiah itu,” katanya.
Sementara itu, Qadejah berkata dia meluahkan rasa syukur di atas segala nikmat dan kehidupannya serta dikurniakan keluarga yang penyayang.
“Sudah 15 tahun dan semakin meningkat remaja, kadang kala berada di situasi apa kita nak buat dengan usia yang masih muda. Belum juga terlalu tua untuk buat keputusan.
“Saya masih dalam fasa menemui diri sendiri, namun saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya. Saya gembira memiliki abah dan mama yang terbaik serta adik-beradik yang begitu penyayang,” katanya.
Sumber: Oh Bulan






