“Saya Tak Kata Saya Maksum, Saya Juga Ada Kelemahan”

“Saya Tak Kata Saya Maksum, Saya Juga Ada Kelemahan”


Pelakon Uqasha Senrose berkata dia enggan melayan tuduhan netizen yang mendakwa dirinya kacip serta mengaitkannya dengan penggunaan bahan terlarang.

Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Uqasha berkata dia terbuka hati dengan apa yang diperkatakan netizen asalkan mereka gembira.

BACA: “Ingat! Uqasha Masih Isteri Orang, Saya Suami Dia Yang Sah”

“Suka hati engkau oranglah nak kata saya ini kacip atau apa. Nak hentam saya, terpulang.m“Saya cuma nak katakan, buatlah apa yang menggembirakan engkau orang. Itu sahaja,” katanya.

Difahamkan, Uqasha menerima komen netizen mendakwa dia di bawah pengaruh bahan terlarang ketika sesi siaran langsung.

Menurut Uqasha lagi, dirinya juga ada kelemahan dan bukan maksum  namun dia cuba untuk menjadi lebih baik serta memperbaiki dirinya.

“Saya tak kata saya maksum. Saya tak kata saya baik. Saya juga ada kelemahan, keburukkan dan segala tak betul. Tapi, saya cuba jadi baik,” katanya.

Sumber: Utusan






Source link

OR

Scroll to Top