Selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon dan penyanyi Erra Fazira akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan usahawan dikenali sebagai Mr E pada 12 Disember ini.
Memetik Astro Gempak, majlis pernikahan pasangan itu akan diadakan di Shah Alam dan akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 13 Disember.
BACA: Erra Fazira, Mr. E Umum Tarikh Nikah Esok?
Berita gembira itu dikongsikan oleh Erra pada pelancaran video muzik Cinta Abadi yang juga merupakan lagu tema perkahwinan mereka, sebentar tadi serta memohon orang ramai mendoakan buat mereka.
“Ya, Insya Allah kami akan menikah pada 12 Disember ini. Doakan agar ini menjadi pernikahan yang berkah buat kami berdua,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






