Al-Sultan Abdullah terkejut, titah jangan ada kegiatan songsang di Pahang

Al-Sultan Abdullah terkejut, titah jangan ada kegiatan songsang di Pahang


Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri ini.

Baginda menzahirkan rasa terkejut susulan isu yang hangat diperkatakan ketika ini, sekali gus mengingatkan semua pihak agar menghentikan perbuatan sedemikian.

Al- Sultan Abdullah terkejut

“Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini.. saya harap ini tidak berlaku di Pahang.
“Saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini dan saya minta juga Majlis Perbandaran semua inilah dan daerah semua memantau kegiatan seumpama,” titah baginda.

Artikel lain: Taja rawatan IVF, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan zahir tahniah ibu bapa Al Fateh timang kembar tiga

Menurut baginda, pemantauan perlu dipertingkat terutama terhadap premis yang menyediakan kemudahan seperti spa agar tidak dijadikan ruang untuk aktiviti terlarang.

“Kalau ada pun tempat-tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini (spa) dapat dipantau dengan lebih rapi supaya tidak ada kegiatan-kegiatan songsang ini berlaku di negeri Pahang,” titah baginda lagi.

Dalam masa sama, baginda menegaskan tindakan sewajarnya perlu diambil jika terdapat mana-mana pihak terlibat atau menyediakan ruang untuk kegiatan berkenaan.

Sumber: FB Kesultanan Pahang





Source link

OR

Scroll to Top