Penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertujuan mewujudkan kestabilan politik.
Menurut laporan Berita Harian, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama antara dua parti tersebut adalah penting memandangkan GRS tidak mempunyai cukup kerusi bagi membentuk kerajaan.
Wujudkan kestabilan politik

Zahid yang juga merupakan Pengerusi BN memohon kepada orang ramai untuk menerima hakikat yang mana situasi politik akan berubah berdasarkan pasca pilihan raya.
Artikel lain: Rakyat Sabah perlukan politik matang, zaman ‘pahlawan tunggal’ sudah berlalu – Nurulhidayah
“Kita tidak boleh jumud dengan keadaan itu dan apabila kami diminta mengemukakan nama bagi pelantikan, maka nama itu dikemukakan dan pelantikan serta angkat sumpah dibuat.
“Ini hakikat politik. Jangan ada perasaan keangkuhan yang tinggi kerana hakikat politik itu sangat pragmatik, ia mesti diterima untuk menghadapi dan menjana kestabilan politik yang menjadi keutamaan bagi mensejahterakan rakyat Sabah.
“Jadi, itulah semangat yang kami bina bersama-sama,” katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perbincangan Cyberjaya 2025 di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian (Zanariah Abd Mutalib)






