“Rezeki Mencurah, Tapi Tahun Ini Paling Duka Buat Saya, Tahun Berat” 

“Rezeki Mencurah, Tapi Tahun Ini Paling Duka Buat Saya, Tahun Berat” 


Pelakon Kamal Adli berkata meskipun diberikan rezeki mencurah pada tahun ini bagaimanapun dia menyifatkan 2025 antara tahun paling berat dalam hidupnya.

Memetik Astro Gempak, Kamal berkata tahun ini dia hanya menumpang tahun pelakon Que Haidar dan dia perlu meneruskan kehidupan meskipun melalui tempoh sukar susulan kemelut rumah tangganya dengan Uqasha Senrose. 

BACA: “Banyak Sangat Benda Dia Pendam” – Netizen Sedih Tengok Wajah Kamal Adli

“Ramai ingat tahun ni tahun saya. Tahun depan pun konon tahun saya juga. Tapi jujur, bukan. Tahun ni sebenarnya tahun Abang Jamil (Que Haidar). Saya cuma menumpang.

“Alhamdulillah, cuma tahun ini tahun duka saya sebenarnya. Tahun berat untuk saya. Saya terus bekerja tanpa henti. Dalam saya melalui tempoh sukar, Allah bagi juga sedikit rezeki untuk buat saya senyum.

“Tapi saya tetap perlu teruskan. Saya seorang-seorang di rumah, itu yang buat semuanya terasa berat,” katanya.

Sementara itu, Kamal seolah menggambarkan hari-hari yang dilaluinya tidak semudah yang disangkakan kerana jika tiada penggambaran dia hanya bersendirian di rumah dan jiwanya kosong.

“Susah sebenarnya sebab saya seorang. Saya seorang kat rumah dan perkara itu tak seronok. Kalau tak shooting, saya rasa habislah saya kat rumah tu. Mungkin saya akan mula melukis gambar kat dinding ke, tiba-tiba belajar memasak ke.

“Ada benda orang tak tahu dan saya tak perlu kongsi. Memang susah sebenarnya. Walaupun rezeki masuk, jiwa tetap kosong. Ini soal hati,” katanya. 

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top