Pelumba Ferrari punca kemalangan

Pelumba Ferrari punca kemalangan


London: Kemalangan di hujung perlumbaan pada perlumbaan Formula One (F1) di GP Azerbaijan berpunca daripada pelumba Ferrari, Carlos Sainz yang menyebabkan pemandu Red Bull, Sergio Perez gagal tamatkan perlumbaan.

Perkara itu disuarakan bos Red Bull, Christian Horner yang mengakui kegagalan Perez menamatkan perlumbaan menyaksikan peluang pasukannya untuk menjuarai kategori pasukan terbaik terjejas.

“Selepas saya melihat ulang tayang, jelas Sainz punca sebenar yang menyebabkan kami kehilangan mata untuk menjarakkan kedudukan selaku pendahulu pasukan terbaik.

“Susulan kemalangan yang dicetuskan Sainz itu, kemalangan besar berlaku dan ia babitkan pelumba kami.

“Pungutan mata kami terjejas dan ia sangat mengecewakan kami yang memburu kejuaraan jentera,” katanya selepas perlumbaan itu.

Dalam perlumbaan itu, Oscar Piastri dari McLaren berjaya menamatkan saingan di tempat pertama sekali gus mengatasi pelumba Ferrari, Charles Leclerc yang pada mulanya menduduki petak utama perlumbaan.

Perlumbaan di jalan raya Baku menyaksikan drama di penghujung saingan apabila Sainz dan Perez terbabit kemalangan dan perlumbaan berakhir di belakang kereta keselamatan.

Max Verstappen, yang kini belum memenangi sebarang perlumbaan dalam tujuh perlumbaan terakhir, masih mendahului kedudukan pemandu dengan 313 mata.

McLaren berjaya memintas Red Bull dalam perlumbaan merebut gelaran juara pengeluar.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top