Perkongsian bekas aktres, Zizie Izette menjadi perhatian memuat naik hantaran terakhir menyentuh hati sebelum berita pemergian suaminya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Zizie berkata selama 16 tahun dia melihat kebaikan arwah suaminya serta kasih sayangnya terhadap orang lain.
BACA: Zizie Izette Tiba Dengan Esakan, Tatap Suami Buat Kali Terakhir

“Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu. Selama 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan hatinya, dan kasih sayangnya pada orang ramai. Tolong doakan dia,” katanya.
Dalam hantaran itu, Zizie turut berkongsikan video kenangan arwah suaminya bersama anak-anak mereka.






