“AirAsia Benarkan Pramugari Bertudung Beri Makna Besar Buat Wanita Muslim”

“AirAsia Benarkan Pramugari Bertudung Beri Makna Besar Buat Wanita Muslim”


Syarikat penerbangan AirAsia hari ini mengumumkan polisi baru pakaian seragam kru kabin membolehkan kru wanita mempunyai pilihan bertudung semasa bertugas.

Perkara itu mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia termasuk pendakwah bebas, PU Rahmat yang mengucapkan tahniah kepada AirAsia di atas langkah berkenaan.

BACA: “Selamat Hari Lelaki Sajat, Surat Beranak Awak Bukti Kelakian Anda” – PU Rahmat

Menerusi hantaran di Instagram, PU Rahmat meluahkan rasa syukur serta turut mengatakan ianya langkah kecil namun memberi makna besar buat kakitangan serta wanita Muslim.

“Pramugari AirAsia kini dibenarkan bertudung di semua penerbangan. Satu langkah kecil untuk syarikat, tapi makna dia besar untuk yang begelar wanita Muslim. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, PU Rahmat turut mengucapkan selamat bekerja sebagai ibadah buat pramugari syarikat penerbangan.






Source link

OR

Scroll to Top