Lelaki berkait GISBH didakwa di Mahkamah Putrajaya esok

Lelaki berkait GISBH didakwa di Mahkamah Putrajaya esok



nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Putrajaya, esok.

Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertuduhan terhadap lelaki terbabit dijangka akan dilakukan 8 pagi, esok.

“Satu kes pertuduhan terhadap seorang lelaki daripada Kumpulan GISBH mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, esok,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dipetik berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.

Susulan kes itu, katanya, seramai 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.

Berdasarkan maklumat serta siasatan dilakukan, polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain, termasuk kesalahan seksual.

Katanya, terdapat juga kanak-kanak yang didera menggunakan objek seperti sudu yang panas sebagai bentuk hukuman apabila anak-kanak terbabit melakukan kesilapan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top