Pelakon Kamal Adli berkata harapannya sebagai suami jika ada masalah biar dirinya menjadi orang pertama yang mendengar.
Menerusi temu bual bersama Melodi, apabila ditanya mengenai keputusan Uqasha yang nekad untuk bercerai, Kamal berkata dia tidak tahu mengenai pendirian isterinya itu.
BACA: “Rezeki Mencurah, Tapi Tahun Ini Paling Duka Buat Saya, Tahun Berat”
“Saya tak tahu isu tekad tak tekad ke, isu dia macam ni je, awak tak payah cerita dengan orang lain, nak bercerita dekat sini, tak payah berjumpa dengan orang ni, bayar orang ni ke, jumpa saya, saya hidup lagi, cakap depan-depan apa yang tak okay,” katanya.
Sementara itu, Kamal turut memohon netizen agar berhenti mengecam dia dan isterinya serta meminta bercakap yang baik-baik sahaja.
Dalam pada itu, Kamal berkata meskipun diberikan rezeki mencurah pada tahun ini bagaimanapun dia menyifatkan 2025 antara tahun paling berat dalam hidupnya.
“Untuk seumur hidup saya ini tahun paling berat, saya tak sangka boleh jadi macam ni, tak tahu nak lalui benda ni, masalah rumah tangga macam ni demi Allah saya buat being fake, tunjuk baik ke. Apa yang saya cakap itu yang saya luah, itu yang saya rasa,” katanya.






