MILO® Tenaga Untuk Kebaikan: Tahun Pertama Berjaya, Kotak Minuman Jadi Perabot Sekolah!

MILO® Tenaga Untuk Kebaikan: Tahun Pertama Berjaya, Kotak Minuman Jadi Perabot Sekolah!


Hebatnya gais! Program MILO® Tenaga Untuk Kebaikan (Energy For Good) ni memang power gila lah. Kenapa Min cakap macam ni? Korang bayangkan baru tahun pertama, tapi diorang dah berjaya melibatkan lebih 200 sekolah dengan lebih 250,000 budak sekolah untuk join bersama-sama.

Serious ramai weh. Paling wow, diorang siap buat majlis penghargaan lagi untuk celebrate usaha cikgu, murid dan komuniti yang all-out dalam program ni. Fuh, memang power lah!

VIP-VIP sedang melawat MILO® Energy For Good Sustainability Tunnel, menunjukkan komitmen jangka panjang MILO® terhadap kelestarian alam sekitar dan impak positif kepada komuniti.

Kalau korang nak tahu, program ni start April 2025 haritu. Idea dia simple je korang, ajar budak-budak hidup lebih sihat, aktif, sambil jaga alam sekitar. Nestlé, MILO®, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Tetra Pak Malaysia pun join sekali.

Konsep dia macam kumpul mata ganjaran, tapi versi kitar semula…guna kotak minuman terpakai (Used Beverage Cartons, UBCs). Kumpul banyak-banyak, nanti sekolah boleh tebus peralatan sukan mesra alam atau perabot sekolah. Setakat ni diorang dah kumpul 4.2 tan, lebih kurang 300,000 kotak minuman. Banyak weh.

Usaha Membanggakan – Majlis anugerah MILO® Energy For Good meraikan sekolah dan pelajar atas komitmen mereka dalam usaha kitar semula kotak minuman terpakai (UBC).

Yang lagi best, buat pertama kali, MILO® partner dengan AFN Sports Equipment untuk tukar kotak minuman tu jadi barang sukan dan perabot. Real-life recycle weh, bukan recycle atas kertas ja. Sekaligus merealisasikan konsep inovatif ini. Bijak betul kan idea macam ni?

CEO Nestlé Malaysia, Juan Aranols pun bangga sangat. Beliau cakap ini semua selari dengan ulang tahun MILO® ke-75. Katanya bila ramai pihak bergabung, benda kecil macam kutip kotak pun boleh jadi impak besar. Siap dapat naikkan kutipan lima kali ganda dari biasa kot. Tu tandanya program ni memang menjadi. Target diorang katanya nak panjangkan inisiatif ni ke seluruh Malaysia. Nice!

“Bersempena dengan ulang tahun MILO® yang ke-75 di Malaysia, program MILO® Tenaga Untuk Kebaikan ini menjadi contoh inspirasi bagaimana kerjasama strategik mampu memacu perubahan bermakna dengan memperkasakan generasi muda untuk menjalani kehidupan aktif dan memperjuangkan kelestarian.

Dengan kerjasama dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kami berjaya menterjemahkan tabiat kecil kepada kejayaan besar dengan menghidupkan amalan kitar semula melalui pendekatan yang lebih bermakna. Penerimaan positif pelajar menyaksikan peningkatan kutipan lima kali ganda berbanding kadar biasa membuktikan keberkesanan usaha kolektif ini.

Bersama-sama, kita mewujudkan sekolah yang lebih hijau, komuniti yang lebih kukuh dan masa depan di mana sukan serta kelestarian bergerak seiring. Matlamat kami jelas iaitu memperluaskan inisiatif ini ke seluruh negara dan membentuk generasi yang mempraktikkan budaya kelestarian sebagaimana mereka menghayati sukan.”

Dekat majlis tu juga, MILO® ada memberi penghargaan kepada lapan buah sekolah paling hebat kumpul UBCs iaitu SK Panggong (Kelantan), SJKC La Salle (WP Kuala Lumpur), SJKC Beng Teik (Pusat Pulau Pinang), SK Sri Kelana (Selangor), SK Cheneh Baru (Terengganu), SK Taman Selasih (Kedah), SK Temerloh Jaya (Pahang) dan yang paling champion sekali adalah SK Putrajaya Presint 18(1). Memang kuat usaha depa ni. Sumpah bangga gila!

Bersama, Menyalurkan Tenaga Positif – Wakil MILO® dan KPM, guru serta pelajar bersatu mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif serta sekolah lebih mesra alam yang menyokong pembelajaran efektif di seluruh negara.

Zainal Bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan, pun ada share satu kisah inspiring seorang murid, Puteri Marsya dari Terengganu yang memenangi pingat emas wakil negeri sebab dapat akses kepada peralatan sukan hasil UBCs. Dengan adanya peralatan sukan macam ni, dia dapat training dengan lebih baik! Power betul.

Kami menggalakkan semua sekolah untuk turut serta dalam gerakan nasional ini bagi mentransformasikan kehidupan murid melalui sukan dan kelestarian.

Impak inisiatif ini jelas melalui kejayaan murid seperti Puteri Marsya Darwisya binti Mazadi dari SK Durian Burung, yang berjaya menyerlah dalam arena sukan. Dengan sokongan dan akses kepada peralatan sukan MILO® yang dihasilkan daripada bahan kitar semula, beliau berjaya meraih pingat emas pertamanya mewakili negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST).

Pada masa yang sama, SJKC La Salle dan SK Putrajaya Presint 18(1) turut diumumkan sebagai antara pengumpul UBCs tertinggi bagi program ini. Dengan menyertai MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, murid bukan sahaja mengamalkan gaya hidup lestari, malah kekal aktif serta memberikan sumbangan positif kepada komuniti dan alam sekitar.”

Lepas tu Sufian dari SK Putrajaya Presint 18(1) pun ada berkongsi, program ni buat diorang sedar “hal kecil pun boleh bagi perubahan besar”. Diorang nak teruskan usaha ni dan inspire sekolah lain untuk buat benda sama.

“Pengiktirafan ini merupakan detik membanggakan buat sekolah kami. Melalui inisiatif MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, murid berpeluang mempelajari bahawa tindakan kecil seperti mengitar semula bahan-bahan terpakai mampu mencetus perubahan yang besar. Kami komited untuk meneruskan inisiatif ini ke arah kelestarian dan menginspirasikan sekolah lain untuk melakukan perkara yang sama.”

By the way, ini bukan benda baru sangat tau. Sejak 2012 lagi MILO® dan Tetra Pak Malaysia dah buat Projek CAREton ni. Kalau korang nak tahu diorang ni dah recycle 6,554 tan UBCs (lebih kurang 500 juta kotak minuman). Banyak bumbung rumah dan perabot untuk komuniti pun datang dari situ.

Menyokong Kelestarian Melalui Sukan – Encik Zainal dan Encik Haridan bersama Juan dan Yati menikmati perlawanan mesra di meja ping pong menggunakan peralatan sukan yang diperbuat daripada kotak minuman terpakai (UBC), melalui inisiatif MILO® Energy For Good

Now, program MILO® Tenaga Untuk Kebaikan ni kiranya terus sambung legasi tu lah. Sambil-sambil ajar budak-budak pasal kelestarian, kuatkan sukan dan jaga bumi kita!

Kalau nak baca lebih lanjut, boleh tengok kat website MILO®.






Source link

OR

Scroll to Top