“Kadang Yang Paling Pedih Didengar, Itulah Yang Paling Benar”- Rita Rudaini

“Kadang Yang Paling Pedih Didengar, Itulah Yang Paling Benar”- Rita Rudaini


Pelakon popular, Rita Rudaini meluahkan pesanan penuh makna mengenai sikap jujur yang kadangkala sukar diterima oleh segelintir pihak namun, tetap menjadi kebenaran yang perlu didengari.

Menerusi satu hantaran ringkas di Threads, Rita menyifatkan hati manusia boleh menjadi kuat, namun apabila ia terlalu jujur, kebenaran itu sering kali mengundang rasa pedih.

“Hatinya kuat tapi sayangnya lua rbiasa dan jujur nya pedih.

“Berkata jujur itu tak selalu manis, kadang yang paling pedih didengar itulah yang paling benar,” katanya.

Meskipun tidak mengulas lanjut menegnai hantaran tersebut, Rita atau nama lengkapnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, turut berkongsi sepotong video pendek memaparkan seorang pahlawan wanita yang berjuang demi anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil memeprtahankan Rita sekali gus memberikan kata-kata semnagat untuknya.

Terdahulu, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan selama beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.

Menurut Peguam yang mewakili, Datuk Adnan Seman, berkata, saman itu difailkan selepas mendapati Rita memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi platform media sosialnya.



Source link

OR

Scroll to Top