Korang mesti dah tahu kan banjir besar yang melanda selatan Thailand pada akhir November 2025 telah menyebabkan lebih dari 162 orang tewas dan mengakibatkan kerosakan yang luas di beberapa daerah, terutamanya Songhkla.
Jalan tenggelam, kereta tak boleh lalu, malah ada yang terus hanyut gais. Banjir Thailand kali ni memang luar biasa teruk!

Tak terkecuali geng pelancong dari Malaysia yang kononnya mahu bercuti di sana tetapi terkandas gara-gara air banjir yang cepat sangat naik. Memang ramai penduduk dan pelancong tak boleh pergi mana-mana dah gais.
Antara yang terperangkap termasuklah sekumpulan pelancong Malaysia yang terpaksa ‘berkampung’ dua hari di sebuah stesen minyak di Chana. Diorang ni langsung tak boleh bergerak dan tak boleh hubungi sesiapa!
Tapi yang mengejutkan…hanya SATU telefon je berfungsi, dan itulah yang berjaya selamatkan semua orang iaitu telefon jenama HONOR!
“20 orang stranded, ada wanita mengandung, orang tua…semua panik”
Kisah ni dikongsi oleh pengguna GoldCelery771 dalam group Facebook HTL-???????? HATYAI Travelling & Lifestyle. Menurutnya, lebih kurang 20 orang termasuk wanita mengandung, warga emas dan kanak-kanak terperangkap di stesen minyak dan sekeliling semuanya dikelilingi air. Paling tragis…line telefon zero bar!
Korang bayangkan mereka langsung tak tahu keadaan luar macam mana. Dannok dah surut ke belum? Selamat ke tak nak keluar? Semua tak pasti weh. Memang cuak habis lah.
Hanya satu telefon HONOR Magic 7 Pro boleh ‘tembak’ line
Di saat semua telefon ‘mati’, kebetulan ada seorang pelancong ni guna HONOR Magic 7 Pro. Dan itulah satu-satunya device yang berjaya dapat line walaupun sikit.
Korang nak tahu tak cara yang dia gunakan? Memang seriously unik dan bijak: “Kita tulis dulu mesej siap-siap. Bila telefon tu tangkap line sikit je, mesej tu terus hantar,” katanya.
Walaupun sambungan line ketika itu sekejap hidup sekejap mati, tapi dalam masa 24 jam, line ciput itulah cukup untuk hantar satu mesej penting yang dapat mengubah semuanya.
Dapat info jalan keluar – penduduk tunjukkan laluan gunung
Guess what…melalui mesej yang berjaya dihantar itulah, mereka dapat tahu yang Dannok sebenarnya boleh diakses. Lepas tu barulah mereka minta bantuan penduduk tempatan.
Jalan utama masih tenggelam, tapi orang kampung yang baik hati ada tunjukkan satu laluan bukit kecil yang boleh tembus keluar.
Setiap kali telefon HONOR tu dapat sedikit signal AIS, mereka buka Google Maps untuk pastikan laluan itu betul dan selamat untuk keluar selamatkan diri.
Perlahan-lahan, lima kereta yang bawa 20 orang tu bergerak keluar…dan akhirnya berjaya sampai ke Dannok dengan selamat. Fuh, mujur lagi.
Korang bayangkan cerita yang sepatutnya jadi mimpi ngeri dah bertukar jadi kisah teamwork. Memang rezeki diorang dapat keluar dengan selamat! Thanks to HONOR!
Nah korang boleh tengok posting asal dia. Kami bukan cakap tanpa bukti tau.

Dia menerima pesanan daripada rakan yang mengatakan boleh kembali ke Dannok. Kami bertanya kepada penduduk tempatan, dan mereka menunjukkan kami jalan gunung (semua jalan utama ditenggelami air). Syarikat telekomunikasi AIS hanya boleh menggunakan sedikit data untuk memeriksa Peta Google
Kami berjaya keluar ke Dannok mengikut laluan yang diberikan oleh penduduk tempatan. Kami ada 5 buah kereta, kira-kira 20 orang (ada ibu mengandung, ada orang tua dan anak kecil).
Harap-harap konvoi puluhan kereta Malaysia di seberang PTT Chana dapat melihat pos ini, dan berjaya keluar dari Chana!
Oh ya, ada juga seorang netizen yang bersetuju dan menyokong kenyataan yang dia keluarkan tu.

Jangan Pandang Remeh!
Banjir di Selatan Thailand kali ini betul-betul dahsyat kan korang? Dan kisah ni membuktikan kadang-kadang adanya teknologi sikit pun dah cukup untuk selamatkan nyawa. Jadi lepas ni jangan pandang remeh telefon korang, kadang ia boleh jadi penyelamat dalam situasi paling mencemaskan sekalipun!






