HUAWEI WATCH GT 5 Pro lebih bergaya, serba boleh

HUAWEI WATCH GT 5 Pro lebih bergaya, serba boleh


GABUNGAN fesyen dengan teknologi pintar semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna dan penyedia peranti pintar.

Jenama HUAWEI antara yang tidak terkecuali bereksperimentasi menggunakan fesyen terkini pada peranti canggih mereka melalui HUAWEI WATCH GT 5 dan WATCH GT 5 Pro.

Jam pintar canggih ini memiliki reka bentuk anggun dengan teknologi canggih, sesuai bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup produktif serta menggemari fesyen terkini.

Reka bentuk, fungsi kecergasan

Daripada segi reka bentuknya, siri HUAWEI WATCH GT 5 kelihatan menonjol dengan rekaan bermotifkan berlian serta didatangkan dengan pelbagai pilihan warna menarik.

Ia direka menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti aloi titanium gred aeroangkasa, paparan kaca nilam (sapphire) dan kristal nanoseramik (untuk siri Pro).

Bagaimanapun , jam ini masih mengekalkan badan yang ringan dan nipis serta tahan lasak dengan ketahanan calar dan air panas bersuhu tinggi.

Melihat kepada fungsi kecergasannya pula, WATCH GT 5 Pro didatangkan dengan ciri ‘golf baharu’ yang menawarkan akses kepada padang golf di seluruh dunia.

Ia turut dilengkapi dengan ciri menarik seperti ukuran pemandangan keliling yang mengesan halangan dengan pandangan panoramik serta panduan arah dan kelajuan angin.

Bukan itu sahaja, WATCH GT 5 Pro turut menyediakan ciri ‘trail-running’ yang menyokong fungsi peta selain mod selaman bebas 40m yang menyokong latihan pernafasan.

Terdapat juga lebih 100 mod senaman lain termasuk mod berbasikal dan mod larian dilengkapi cadangan postur serta prestasi senaman.

Pemantauan kesihatan fizikal, emosi

Menariknya pada siri kali ini, HUAWEI membawakan ciri ‘Emotional Wellbeing’ baharu yang memantau kesihatan emosi masa nyata.

Ia membantu memberikan cadangan seperti latihan pernafasan bagi mengurangkan tekanan dengan analisis emosi jangka panjang.

Juga, terdapat paparan antaramuka interaktif ‘Pet Panda’ yang boleh menunjukkan emosi semasa pengguna.

Siri HUAWEI WATCH GT 5 juga menyediakan kiraan yang lebih pantas dan tepat untuk kadar denyutan jantung, SpO2, kadar pernafasan, serta laporan kesihatan haid yang komprehensif melalui HUAWEI TruSense.

Tidak terhenti di situ, pengguna juga boleh memantau tahap kesihatan keluarga termasuk langkah, tahap oksigen dalam darah dan kadar denyutan jantung melalui aplikasi HUAWEI Health.

Pengguna juga dapat mengesan emosi keluarga mereka melalui ciri Health Community pada HUAWEI Health App.

Prestasi mengagumkan 

Melihat kepada jangka hayat baterinya pula, siri WATCH GT 5 mampu bertahan selama 14 hari dengan sekali cas melalui pengecasan pantas serta pengecasan tanpa wayar. 

Justeru, pengguna tidak perlu mengecas semula jam pintar ini dengan kerap.

Boleh disambungkan dengan peranti Android dan iOS, siri HUAWEI WATCH GT 5 menawarkan sambungan telefon pintar yang lancar.

Ia turut menawarkan keselesaan melalui ciri panggilan telefon Bluetooth, balasan WhatsApp pantas, ciri modul NFC berbilang fungsi untuk penambahan kad akses, peringatan kalendar serta penggera lembut bagi membangunkan pengguna daripada tidur.

Miliki hari ini

Siri HUAWEI WATCH GT 5 hadir dengan variasi warna seperti hitam dalam tali fluoroelastomer, coklat dengan tali kuilt serta biru muda dalam tali komposit bagi versi WATCH GT 5 46mm, manakala hitam dalam tali fluoroelastomer dan tali titanium corak merah bagi WATCH GT 5 Pro 46mm.

WATCH GT 5 41mm pula hadir dengan pilihan putih dan biru muda dalam tali fluoroelastomer serta coklat dalam tali komposit manakala versi Pro 42mm menampilkan badan seramik dalam tali fluoroelastomer putih atau badan dan tali seramik sepenuhnya.

HUAWEI WATCH GT 5 kini boleh ditempah dengan deposit serendah RM60 bermula 19 hingga 25 September 2024.

Pengguna juga boleh mengunjungi kedai rasmi HUAWEI di Shopee bagi menebus baucar awal bernilai RM60 serta hadiah percuma bernilai sehingga RM528 di laman sesawang rasmi HUAWEI Malaysia.

Tempahan boleh dibuat di laman sesawang rasmi HUAWEI Malaysia, kedai rasmi HUAWEI di Shopee serta HUAWEI Flagship Store di Lazada atau kedai rasmi HUAWEI di TikTok.

© New Straits Times Press (M) Bhd





Source link

OR

Scroll to Top