Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dan pasangannya Ezwan Zain akhirnya sah bergelar suami isteri dalam satu majlis serba indah serta da yang menggelarkannya sebagai wedding of the year.
Lebih menjadi bualan apabila Ezwan atau Mr E menyerahkan mas kahwin dalam bentuk sepohon bunga emas 24 dinar buat isteri tercinta.
BACA: Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Mr E, Terima Mas Kahwin Sepohon Emas
Sementara itu, cincin pernikahan pasangan itu berharga RM80,000 turut menjadi perhatian ramai serta barang hantaran yang diletakkan di atas satu talam.
Memetik mStar Online, Erra meluahkan rasa syuku dan berkata persiapan majlis penikahannya itu tidak dilakukan secara berlebihan serta mengucapkan terima kasih apabila ada yang menggelarkan majlis mereka wedding of the year.
“Terima kasih kepada Ezwan kerana merealisasikan. Setiap saat dalam kepada dia hanya fikir nak siapkan majlis ini. Masing-masing bergerak ikut kemampuan dan tidak melebih-lebih. Harga sesedap rasa,” katanya.
Kata Erra lagi, majlis pernikahan mereka hampir keseluruhannya diurus dan dirancang oleh suaminya.
“Saya pun pernah berkahwin sebelum ini dan semuanya saya terbabit. Tapi kali ini hampir 95 peratus semuanya diuruskan Ezwan,” katanya.
Dalam pada itu, Ezwan berkata majlis tersebut juga adalah kejutan buat suami tercinta termasuk bunga emas yang tidak diketahui oleh Erra.
“Mas kahwin pun saya rancang untuk beri dalam bentuk bunga emas. Erra memang tak tahu. Cuma sehari sebelum majlis ada rehearsal baru dia tahu,” katanya.
Sumber: mStar Online






