AMINUDDIN membuat pelepasan pada Program Pelepasan Produk Agromakanan ke Pasaran Filipina yang diadakan di Ibu Pejabat FAMA baru-baru ini. Foto BERNAMA
MALAYSIA terus memperkukuh kedudukannya sebagai pengeksport produk halal di rantau ASEAN menerusi penghantaran fasa pertama dua kontena produk agromakanan bernilai RM338,408 ke Filipina, dengan jumlah eksport keseluruhan dijangka mencecah RM4.15 juta hingga tahun hadapan.
Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli berkata, kerjasama perdagangan dan perluasan pasaran halal ke Filipina menandakan rekod baharu sekali gus menjadikan republik itu sebagai pasaran halal keempat terbesar negara, selepas China, India dan Indonesia.
“Penghantaran itu merupakan sebahagian Program Penerokaan Pasaran Filipina membabitkan 20 kontena ke Manila dan Marawi secara berfasa, merangkumi lapan unit simpanan stok (SKU) produk Agromas termasuk kopi, mi segera, marjerin dan ayam segar,” katanya pada Majlis Pelepasan Produk Agromakanan Ke Pasaran Filipina di Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang baru-baru ini.
Aminuddin berkata, Malaysia memiliki kekuatan sebagai pengeluar produk halal manakala Filipina semakin menitik-beratkan pensijilan halal, menawarkan peluang pasaran yang lebih besar kepada produk negara. – Bernama
Ringkasan AI
- MALAYSIA terus memperkukuh kedudukannya sebagai pengeksport produk halal di rantau ASEAN Penghantaran fasa pertama dua kontena produk agromakanan ke Filipina bernilai RM338,408 Jumlah eksport dijangka mencecah RM4.15 juta hingga tahun hadapan Filipina menjadi pasaran halal keempat terbesar untuk Malaysia, selepas China, India dan Indonesia Kerjasama perdagangan merangkumi 20 kontena produk termasuk kopi, mi segera, marjerin, dan ayam segar ke Manila dan Marawi






