Transformasi ekosistem pendidikan negara berjaya rekod 15 kejayaan

Transformasi ekosistem pendidikan negara berjaya rekod 15 kejayaan


Bukit Mertajam: Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pelbagai transformasi dalam ekosistem pendidikan negara sepanjang tempoh tiga tahun ini sebagai usaha melonjakkan sistem pendidikan lebih dinamik, inklusif dan relevan dengan cabaran masa depan.

Meskipun dalam tempoh singkat, langkah-langkah baharu yang diperkenalkan itu merekodkan 15 kejayaan menerusi Laporan Pencapaian Reformasi Pendidikan 2025 yang dikemukakan.

Kejayaan terbabit termasuk pendidikan wajib menengah yang setiap anak Malaysia dilindungi undang-undang untuk belajar sekurang-kurangnya hingga Tingkatan Lima; mengisi lebih 98 peratus membabitkan 52,948 guru baharu; mengemukakan 11 inisiatif sekolah selamat; takwim sekolah kembali ke Januari; seramai 398,496 murid menguasai asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dan reformasi beban guru.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata dalam pada itu pihaknya juga berjaya memberi penekanan kepada aspek penambahbaikan infrastruktur sekolah serta akses pendidikan yang menyeluruh. 

“Ini adalah dengan pembinaan sekolah baharu dan pemulihan sekolah daif, penambahan pra-sekolah seluruh negara serta mengatasi masalah keciciran anak pedalaman (menerusi pembinaan sekolah K9 dan K11), selain pihak kami juga menyelesaikan kurikulum berat dan membina Kurikulum 2027. 

Fadhlina (kanan) meninjau bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam yang telah siap dibina.

“Selain itu, kita turut mencapai kejayaan dalam menjadikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi sebagai pilihan kelas kedua apabila merekodkan 99 peratus kebolehpasaran termasuk dana dinaikkan buat kali pertama dalam 22 tahun. 

“Pada masa sama, RM100 juta bantuan awal persekolahan (BAP) diluaskan hingga Tingkatan Enam serta menaikkan elaun pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) dari RM430 kepada RM530 sebulan, ” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, di sini, baru-baru ini.

Sekolah baharu yang menem- patkan 20 bilik darjah, asrama dan pelbagai kemudahan lain itu sudah siap pada 4 November lalu dengan peruntukan RM64 juta.

Hidupkan budaya membaca

Fadhlina menyaksikan penyerahan dokumen antara pihak Jabatan Kerja Raya dengan Kementerian Pendidikan pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, pihaknya juga menghidupkan budaya membaca melalui pemberian Baucar Buku Madani. 

“Dengan pemberian baucar bu- ku ini membeli buku tidak lagi menjadi beban dan menggalakkan anak-anak kembali membaca serta memberikan guru ruang untuk terus menanam kecintaan terhadap ilmu. 

“Akhir sekali kejayaan yang kita ingin kongsikan adalah pengesanan dan intervensi murid berkeperluan khas diperkukuh di semua peringkat dengan pemberian elaun RM150 sebulan untuk murid OKU bagi meringkan beban keluarga,” katanya. 

Fadhlina berkata, walaupun pelbagai pencapaian direkodkan reformasi pendidikan tidak akan terhenti begitu sahaja apabila pihaknya kini sudah membuat pelbagai perancangan untuk tahun hadapan. 

“Kita akan meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026-2035; Kurikulum Baharu 2027 bermula di Prasekolah; pembinaan 41 sekolah baharu; membina semula 520 sekolah uzur; memperluaskan 350 kelas prasekolah baharu dan memperuntukkan RM860 juta untuk penyelenggaraan sekolah tandas, kantin, surau dan bilik guru. 

“Masih banyak yang perlu di-sempurnakan namun arah pembaikan semakin jelas yang kita komited meneruskan kerja ini dengan prinsip bahawa pendidikan mesti membuka ruang dan memperkukuh masa depan anak-anak kita,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top