Sunway Square Mall Kini Dibuka! Hab Gaya Hidup & Rekreasi Baharu Komuniti Sunway City KL

Sunway Square Mall Kini Dibuka! Hab Gaya Hidup & Rekreasi Baharu Komuniti Sunway City KL


Penantian akhirnya berakhir! Sunway Square Mall kini dibuka secara rasmi, dan ia bukan sekadar pusat beli-belah biasa.

Terletak betul-betul di tengah Sunway City Kuala Lumpur, mall empat tingkat seluas 320,000 kaki persegi ini tampil sebagai nadi gaya hidup baharu komuniti, siap dengan konsep mesra haiwan peliharaan.

Direka sebagai pusat komuniti, Sunway Square Mall menghimpunkan semuanya di satu tempat — shopping, makan, belajar, lepak dan rekreasi. Pendek kata, satu destinasi lengkap untuk seisi keluarga, pelajar dan penduduk sekitar.

95% Kedai Dah Beroperasi, Lebih 130 Jenama Menanti

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls, HC Chan, Sunway Square Mall dibuka kepada orang awam dengan 95% kedai sudah mula beroperasi. Ia merupakan sebahagian daripada pembangunan bersepadu Sunway Square, yang menggabungkan seni, pendidikan, perniagaan dan gaya hidup dalam satu kawasan.

Di sini, pengunjung boleh jumpa lebih 130 kedai pelbagai kategori. Nak beli barang dapur? Singgah Village Grocer. Nak anak belajar seni tari? Ada Tutu Toe Dance Academy. Kaki aktiviti lasak pula boleh cuba BUMP Bouldering. Peminat barangan gaya hidup unik, KKV memang wajib masuk.

Paling menarik, The Library by BookXcess yang dibuka 24 jam bersama Kenny Hills Bakers jadi port ideal untuk belajar, meeting atau lepak santai – memang sesuai untuk pelajar Sunway University dan komuniti sekitar.

Kenali Squarrel – Maskot Comel Yang Curi Perhatian

Sunway Square Mall juga ada maskot rasmi bernama Squarrel, hasil rekaan artis komik tempatan Ernest Ng (yang korang mungkin kenal dengan siri “Bro, Don’t Like That La, Bro”).

Dengan bentuk empat segi yang comel dan lembut, Squarrel melambangkan semangat positif, rasa ingin tahu dan keceriaan, memang mudah buat orang senyum.

Rekaan Dalaman ‘Instagrammable’ & Sentuhan Seni

Dari segi rekaan, Sunway Square Mall memang ada ‘wow factor’. Inspirasi diambil daripada Pusat Seni Persembahan Jeffrey Cheah yang bakal dibuka pada 2026.

Antara tarikan utama di sini ialah tangga gaya Sepanyol dan struktur gerbang keluli yang terletak berhampiran pintu masuk utama Sunway Square Mall. Confirm jadi spot gambar kegemaran.

Pengunjung juga boleh menikmati enam arca seni hasil karya artis residen Sunway, Infantino Fernandes iaitu Brass, Bass, Strings, Poise, Grace dan Masque, yang dipamerkan di sekitar mall.

Akses Terus Ke Tasik & Taman Mesra Haiwan

Satu lagi kelebihan Sunway Square Mall ialah akses terus ke Sunway South Quay Lake & Park melalui lif kaca dari aras LG, LG1, B1 hingga B4.

Di sini, pengunjung boleh bawa haiwan kesayangan bersiar-siar di Squarrel Pet Playground, atau sekadar bersantai menikmati pemandangan tasik dengan latar air terjun — tenang dan sesuai untuk ‘healing’.

Lokasi Strategik Dalam Bandar 15 Minit

Sunway Square Mall turut melengkapkan pembangunan bersepadu Sunway Square, yang menempatkan kampus baharu Sunway University, termasuk Sekolah Perniagaan Sunway dan Fakulti Seni & Sains Sosial.

Lokasinya yang berada dalam konsep ‘bandar 15 minit’ memudahkan akses melalui Canopy Walk serta sistem Bus Rapid Transit (BRT).

Parkir Percuma

Bermula dari 15 Disember 2025 hingga 22 Februari 2026, perbelanjaan minimum RM30 melayakkan pengunjung menikmati parkir percuma!

Pelbagai Acara Menarik

Antara acara menarik yang telah memeriahkan Sunway Square Mall ialah Hoholand yang berlangsung dari 11 hingga 14 Disember 2025, menampilkan sambutan Krismas bersama KOL tempatan, bazar serta pelbagai persembahan untuk seisi keluarga. Sangat meriah dan penuh keceriaan!

Sambutan diteruskan dengan Sunset In The City (Sunset Euphoria Market) dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026, sebelum kemuncaknya pada 31 Disember 2025 menerusi Countdown 2026 – sambutan tahun baharu di tepi tasik yang dimeriahkan dengan bazar, persembahan menarik dan pertunjukan bunga api.

Kesimpulannya, pembukaan Sunway Square Mall bukan sekadar tambah satu lagi pusat beli-belah. Ia adalah hab komuniti bersepadu yang bakal menjadi tempat orang berkumpul, berhubung dan mencipta kenangan, sesuai dengan gaya hidup moden Sunway City Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut dan direktori penyewa, layari laman web rasmi atau ikuti Facebook & Instagram Sunway Square Mall.

#SunwaySquareMall #GrandOpening #Squarrel






Source link

OR

Scroll to Top