“Industri Hiburan Bahaya, Mudah Tergelincir Walaupun Ilmu Agama Tinggi” 

“Industri Hiburan Bahaya, Mudah Tergelincir Walaupun Ilmu Agama Tinggi” 


Penyanyi Sufian Suhaimi berkata dia tidak menggalakkan mana-mana ahli keluarganya untuk menceburi dunia hiburan.

Menerusi satu podcast, Sufian berkata industri hiburan penuh dengan cabaran kerana mudah terpengaruh jika dia mempunyai pegangan yang kuat.

BACA: Elak Syubhah, Sufian Suhaimi Tak Guna Duit Muzik Untuk Makan Anak Isteri 

“Aku tak syorkan anak aku jadi penyanyi. Tak payahlah, bahaya industri hiburan. Terlalu mudah untuk kau ‘tergelincir’. Walaupun ilmu agama tinggi, masih susah,” katanya.

Sementara itu, Sufian berkata dia tidak menghalang jika anaknya meminati muzik namun tidak menggalakkan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan.

“Nak minat muzik boleh tapi bagi aku tak perlu jadikan minat itu sebagai sumber pendapatan. Bila kau dalam industri hiburan, kau memang akan buat perkara yang menghiburkan saja. Kawan-kawan pun dah lain. Perkara yang kau rasa tidak akan buat selama ini, kau buat,” katanya. 






Source link

OR

Scroll to Top