Pelakon Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa gembira rakannya, Datin Seri Heliza Helmi memenangi Aktres Pembantu Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37.
Menerusi satu hantaran di Threads, memaparkan Heliza membawa trofi kemenagannya itu dalam beg plastik ketika bertemu rakan-rakan sekaligus membuatkan mereka ketawa.
BACA: “Itu Pemberian Orang” – Hazwani Helmi Jawab Isu Guna iPhone 17

“Trofi letak dlm plastik huh. Memang itulah perangai Heliza. Dia menang sebab dia jadi diri dia sendiri, tanpa perlu berlakon,” katanya.
Sementara itu, Umie turut menitipkan nasihat kepada Heliza agar tidak mempedulikan komen negatif yang dilemparkan yang mempertikaikan keikhlasannya.
“Perjuangan harus diteruskan. Biar diluar sana pertikaian keikhlasan mu. Tak perlu jawap ! Ikhlas antara mu dan Allah SWT. Stay strong & silent,” tulisnya.






