“Saya Tak Fikir Pasal Segala Tuntutan, Duit, Saya Hanya Nak Bercerai”

“Saya Tak Fikir Pasal Segala Tuntutan, Duit, Saya Hanya Nak Bercerai”


Pelakon Linda Hashim meluahkan rasa kecewa apabila suaminya, Beego tidak hadir ke mahkamah semalam bagi prosiding pengesahan lafaz taklik.

Memetik Harian Metro, Linda mendakwa mempunyai cukup bukti ketidakhadiran suaminya untuk kes tuntutan perceraian mereka.

BACA: Tiga Kali Beego Tak Hadir, Mahkamah Beri Amaran Keras  

“Saya sebenarnya ada banyak sangat bukti ketidakhadiran dia sebab apa-apa semua, tapi keadaan belum berpihak pada saya. Tak apa, dan sebab mahkamah pun buat keputusan yang adil kan. Kita ikut saja mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Linda berkata dia tidak memikirkan mengenai nafkah idah, nafkah anak-anak serta hal berkaitan duit sebaliknya hanya mahu Beego melepaskannya.

“Saya rasa dia risaukan pada benda itu. Jadi dia menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami untuk ‘hold’ dulu benda itu selagi dia tak tengok berapa jumlah yang saya minta.

“Buat masa sekarang ini saya tak fokus pun sebab saya memang tak fikir pun pasal segala benda tuntutan, duit atau apa-apa. Saya tak fikir pun pasal benda tu sebab saya hanya nak bercerai sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Linda berkata peguam Beego memaklumkan anak guamnya mahu bercerai hari ini, namun tiba-tiba tidak hadir kerana urusa kematian ibu saudara.

“Dekat sini memang dia kena bagi penuh kerjasama dan jangan bagi alasan yang tak munasabah. Sebab saya ada bukti dia dekat mana.

“Saya diberitahu dia tak datang sebab atas ada kematian. Kematian itu adalah semalam, dan dah kebumi pun malam tadi. Hari ni dia boleh datang. Dan sebenarnya dia tak pergi pun kematian itu. Dia hanya menggunakan alasan ada kematian,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top