Ahli perniagaan, Engku Emran menjadi perhatian apabila meminta orang ramai tidak merujuk dirinya sebagai bekas suami kepada aktres, Erra Fazira.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Emran turut memberitahu agar orang ramai memanggil dirinya sebagai bapa kepada Aleesya.
BACA: “Selamat Datang Ke Dalam Keluarga, Mr E” – Engku Emran

“Orang patut berhenti memanggil saya sebagai bekas lelaki Erra. Panggil saya bapa Aleesya kan boleh,” tulisnya.
Sementara itu, Emran sempat berseloroh dengan menyamakan wajahnya seperti pelakon popular Hollywood, Pedro Pascal namun versi beragama Islam.
“Tak ke rasa Engku Emran bekas lelaki Erra ni sebiji Pedro Pascal versi Muslim?,” tulisnya.






