Salina Saibi Mohon Doa Kekal Istiqamah Berhijab

Salina Saibi Mohon Doa Kekal Istiqamah Berhijab

Salina Saibi Mohon Doa Kekal Istiqamah Berhijab


Dilihat tampil berhijab, pelakon Salina Saibi berkata dia belum berani mengesahkan penghijrahannya kerana bimbang tidak mampu untuk istiqamah.

Memetik BH Online, pelakon berusia 44 tahun itu berkata dia berdoa agar diberi kekuatan serta mengakui dirinya insan yang lemah serta iman tidak kuat.

BACA: “No G*nja, No D*dah” – Salina Saibi Beri Amaran Jaga Nama Baik Gerak Khas

“Saya takut juga nak bercakap mengenai perkara ini (bertudung). Tetapi setakat ini semuanya baik. Inilah diri saya sekarang, apa yang orang nampak, inilah saya.

“Perubahan ini berlaku selepas saya pulang daripada mengerjakan umrah. Insya-Allah doakan saya kerana saya pun insan yang lemah dan iman saya juga tidak kuat.

“Setiap kali memakai tudung, ada sahaja bisikan yang menguji. Kadang-kadang bukan sahaja daripada syaitan, tetapi juga daripada diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Salina berkata dia melihat perubahannya kini adalah untuk diri sendiri dan keputusan itu dibuat kerana Allah. Tambahnya, suami tidak memaksa untuk bertudun, malah gembira dengan perubahannya itu.

“Apabila pulang daripada umrah, memang banyak ujian kerana kita sedar bagaimana kehidupan kita sebelum ini. Kita bukanlah manusia yang sempurna. Jadi sekarang, setiap kali hendak keluar rumah, saya akan cari tudung terlebih dahulu.

“Alhamdulillah, saya anggap ini satu perubahan yang baik untuk diri sendiri. Saya lakukan semua ini kerana Allah, diri sendiri dan juga suami.

“Suami tidak pernah memaksa saya bertudung. Dia hanya tersenyum melihat perubahan ini. Jadi keputusan ini datang sepenuhnya daripada diri saya sendiri,” katanya.

Sumber: BH Online






Source link

OR

Scroll to Top