Perkongsian pelakon Diana Danielle menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama teman lelaki dikenali sebagai Bern.
Memetik mStar Online, Diana berkata dia enggan peduli dengan kecaman netizen kerana baginya akan ada yang tidak suka akan dirinya.
BACA: Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Ketika Tempoh Idah
“Saya tak pernah ambil peduli perkara itu. Saya rasa akan ada orang yang suka dan ada orang yang benci saya. Sepanjang saya dalam industri ini, saya cuba buat yang terbaik dan fokus kepada kerja saya.
“Kadang-kadang orang mungkin rasa kurang selesa dengan perkara itu dan saya faham,” katanya.
Sementara itu, Diana berkata dia terbuka menerima teguran baik untuk perbaiki dirinya ke arah lebih baik. Tambahnya lagi, jika ada yang kurang selesa dengan hantaran tersebut boleh saja ‘scroll’
“Bagi saya kepada siapa yang rasa tak selesa boleh swipe dan scroll saja. Tapi nasihat yang baik kita ambil. Kita tak boleh terlalu angkuh dalam hidup. Apa yang bagus kita ambil dan perbaiki apa yang patut,” katanya.
Sumber: mStar Online






