Sukan SEA: Speedy Tigers terus dominasi hoki lelaki, pertahan pingat emas

Sukan SEA: Speedy Tigers terus dominasi hoki lelaki, pertahan pingat emas


Pasukan Malaysia meraikan jaringan gol ketika menentang Thailand dalam perlawanan akhir Hoki Padang Lelaki pada Sukan SEA ke-33 di Universiti Sukan Kebangsaan, Chonburi pada Jumaat. Foto Bernama

LEDAKAN hatrik Amanraj Sarwan menyemarakkan kemenangan Malaysia 8-0 menentang Thailand, ketika skuad hoki lelaki negara menepati sasaran meraih pingat emas dalam aksi final di Sukan SEA Thailand 2025 pada Jumaat.

Turun dengan misi melebarkan dominasi emas acara hoki padang di setiap edisi temasya itu, anak buah Sarjit Singh bagaimanapun perlu menunggu sehingga penghujung suku pertama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhajir Abdu Rauf.

Malaysia meningkatkan rentak permainan sejurus perlawanan bersambung dalam suku kedua dan berhasil melebarkan jurang selepas mencetak dua jaringan masing-masing hasil jaringan padang Faiz Jali pada minit ke-27 dan Aiman Rozemi selang seminit kemudian.

Suku ketiga, tambahan jaringan keempat dihasilkan Fitri Saari pada minit ke-42.

Malaysia melengkapkan suku terakhir dengan menambah empat lagi jaringan bermula dengan Alfarico Liau pada minit ke-50 sebelum Amanraj mencetak hatrik (55′,57′,60′).

“Kami memang menjangka pingat emas ini, namun bukan jaringan sebegini banyak. Satu hal untuk diketahui bahawa pingat itu mampu dimenangi, tetapi anda tetap perlu bermain dengan cemerlang untuk meraihnya,” kata Sarjit kepada pemberita selepas perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia kini mengumpul 18 pingat emas bagi acara hoki padang lelaki sejak penyertaan dalam temasya dwitahunan itu bermula di Kuala Lumpur pada1971 hingga edisi terakhir di Kemboja pada 2023.

Sepanjang tempoh tersebut, skuad negara hanya sekali menamatkan saingan selaku naib juara iaitu pada Sukan SEA 1973 di Singapura. – Benama

 

 

Ringkasan AI

  • Ledakan hatrik Amanraj Sarwan menyemarakkan kemenangan Malaysia 8-0 menentang Thailand
  • Malaysia menepati sasaran meraih pingat emas dalam aksi final di Sukan SEA Thailand 2025
  • Muhajir Abdu Rauf membuka tirai jaringan untuk Malaysia
  • Malaysia meningkatkan rentak permainan dan berhasil melebarkan jurang dengan jaringan tambahan
  • Kemenangan ini menyaksikan Malaysia mengumpul 18 pingat emas bagi acara hoki padang lelaki sejak 1971



Source link

OR

Scroll to Top