Pelakon Nadia Brian mengakui dia kini sedang mengenal hati budi bekas suami aktres Nora Danish iaitu Nedim Nazri.
Memetik HibGlam, Nadia berkata perkenalan mereka masih baru lagi serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.
BACA: “Tak Rasa Hantaran Nedim Ditujukan Kepada Saya”
“Sejujurnya, kami mula berkenalan sejak sebulan lalu, memang baru sangat-sangat dan masih dalam proses mengenali hati budi lagi. Kalau boleh, doakanlah yang baik-baik dan terima kaih untuk semua respons ramai,” katanya.
Sementara itu, Nadia berkata Nedim yang mengajaknya keluar makan serta menyifatkan usahawan itu seorang lelaki serta bapa penyayang dan mempunyai ciri-ciri idamannya.
“Sebenarnya Nedim yang ajak berjumpa untuk keluar makan bersama di sebuah restoran dan saya selesa berkawan dengannya.
“Setelah beberapa kali bertemu, saya lihat dia seorang bapa penyayang dan saya tidak pernah tengok lelaki yang menyayangi anak-anak sebegitu,” katanya.
Dalam pada itu, Nadia berkata tiada masalah untuk mereka berkahwan dan sedia andai bertemu jodoh dengan Nedim serta menyerahkan takdir kepada Allah.
“Sekarang kami berdua sama-sama berstatus solo dan rasa-rasanya tiada masalah untuk berkawan dan meneruskan hubungan ini. Kalau soal jodoh pula, saya serahkan pada Allah SWT. terus doakan yang baik-baik buat kami,” katanya.
Sumber: HibGlam






