Pemain Belanda mangsa serangan perkauman

Pemain Belanda mangsa serangan perkauman


Kansas City: Persatuan Bolasepak Belanda mengecam serangan berunsur perkauman di media sosial yang ditujukan kepada pemain skuad kebangsaan negara itu susulan penyingkiran mereka daripada Piala Dunia 2026.

Naib juara tiga kali itu tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Maghribi dalam perlawanan pusingan 32 terakhir, semalam di bandar Monterrey, Mexico, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Penyerang Liverpool, Cody Gakpo meletakkan Belanda di hadapan pada minit ke-72, namun Issa Diop menyamakan kedudukan buat wakil Afrika Utara itu pada masa kecederaan.

Persatuan Bolasepak Belanda mengucapkan terima kasih kepada pemain dan barisan kejurulatihan atas dedikasi dan komitmen mereka sepanjang Piala Dunia di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

“Kami juga merakamkan penghargaan ikhlas kepada para penyokong, mereka yang berada di stadium, yang menonton dari rumah dan semua orang di seluruh dunia yang mengikuti serta menyokong Belanda,” menurut kenyataan itu.

Namun, persatuan itu turut memaklumkan mengenai serangan berunsur perkauman yang ditujukan kepada pemain Belanda.

“Bola sepak menyatukan manusia tanpa mengira asal usul atau latar belakang,” katanya.

“Kami sudah melihat reaksi di media sosial yang menyaksikan pemain menjadi sasaran serangan berunsur perkauman dan diskriminasi selepas penyingkiran pasukan.

“Kami mengambil pendirian tegas terhadap tingkah laku sedemikian. Perkauman dan diskriminasi tidak mempunyai tempat dalam bola sepak, di media sosial mahupun dalam masyarakat kita.”

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top