Kertas kerja dasar baharu Felda siap sebulan lagi

Kertas kerja dasar baharu Felda siap sebulan lagi

Kertas kerja dasar baharu Felda siap sebulan lagi


KUALA LUMPUR: Kertas kerja berkaitan dasar rumah generasi kedua Felda akan disiapkan dalam tempoh sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri supaya semua kawasan perumahan Felda diizinkan dibina rumah kedua dengan segera.

“Saya akan buat keputusan dalam tempoh sebulan supaya ini menjadi keputusan dasar. Semua kawasan perumahan Felda diizinkan (membangunkan) rumah generasi kedua segera,” katanya ketika berucap pada Program Santai Perantau Sempena 70 Tahun Felda di Dewan Perdana Felda di sini malam ini.

Pada 7 Julai lalu, Anwar mengumumkan tujuh inisiatif baharu sempena Sambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun Felda termasuk peruntukan RM990 juta bagi membiayai semula pinjaman sukuk Felda serta penghapusan hutang peneroka.

Beliau berkata, kerajaan turut memperuntukkan lebih RM1 bilion pada tahun depan bagi meneruskan usaha membantu peneroka Felda, termasuk penyelesaian isu perumahan yang menjadi antara kebimbangan golongan berkenaan

Mengulas pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) bagi membolehkan pembinaan lebih daripada satu unit rumah di atas satu lot kediaman milik peneroka Felda, Anwar berkata, rang undang-undang (RUU) berkenaan akan dibentang tahun ini.

“Soal akta Felda, memang dia ambil masa sikit. Saya tunggu draf dia dan Pengurus Besar (Felda) draf awal kalau sudah ada, akan dibentang ke lembaga pengarah dan lembaga pengarah sebaik diluluskan, saya akan segerakan untuk kelulusan Jemaah Menteri dan akan dibentangkan di Parlimen.

“Saya bagi arahan supaya dapat dibentangkan (RUU) sebelum akhir tahun ini. Tetapi soal akta itu bukan masalah, kerana kalau Felda dan Kerajaan Persekutuan dan pengurusan Felda setuju, tidak dibantah kerajaan negeri, beberapa program itu boleh dijalankan dulu,” katanya.

Beliau berharap dengan kelulusan RUU nanti, segala masalah yang sudah membelenggu warga peneroka sejak sekian lama itu dapat diselesaikan sebaiknya. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top