“Ini sangat-sangat melampau”, demikian respons pelakon, Kamal Adli susulan dakwaan yang diberikan seorang individu yang mengaitkan isterinya, Uqasha Senrose ‘mengandungkan’ anak orang lain.
Menyifatkan komen yang diberikan itu sebagai keterlaluan, Kamal menegaskan, tuduhan berkenaan sama sekali tidak benar dan melampaui batas sebagai seorang muslim.
“Ini sangat-sangat melampau.. Terlalu melampu untuk manusia normal dan sebagai muslim,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal juga menolak dakwaan tersebut bahawa anak yang dikandung Uqasha adalah anak kandungnya.
“Itu anak kandung saya. Tolong manusia kalau tak ada apa baik nak tulis. Please jangan sampai level ni,” jelasnya.

menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyiftakan tuduhan indidivud berkenaan sebagai tidak beradab dan melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Mulut Puaka Tuduh Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain: “Aku Difitnah Sebegini Teruk”
ARTIKEL BERKAITAN: Nasihat Dr. Fadzilah Kamsah Tentang Ciri-Ciri Suami Berjuang Selamatkan Rumah Tangga Curi Perhatian, Kamal Adli Tampil Bersuara
ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Dakwa Isteri ‘Tak Waras’, Uqasha Senrose Tampil Pertahan Diri – “Macam-Macam Saya Kena! Saya Hanya Dibenar Duduk Dalam Bilik Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Allah! Demi Nama Mak Ayah Saya & Saya Berani Junjung Al-Quran ” – Kamal Adli Nafi ‘Naik Tangan’ Terhadap Uqasha Senrose






