“Kalau Boleh Tak Nak Tahu Mahkamah Kat Mana, Memang Tak Best” 

“Kalau Boleh Tak Nak Tahu Mahkamah Kat Mana, Memang Tak Best” 


Sejak kebelakangan ini pelakon Kamal Adli menjadi perhatian ramai apabila dilihat rajin memuat naik hantaran serta membalas komen di laman Threads.

Terbaru, hantaran seorang individu mendapat reaksi Kamal apabila meminta netizen membezakan dua ‘KA’, dimana seorang yang rajin masak dan seorang lagi rajin ke mahkamah.

BACA: Tak Baik Untuk Hawra” – Kamal Adli Mohon Netizen Berhenti Korek Kisah Silam

Menerusi hantaran tersebut, difahamkan KA yang dimaksudkan adalah pempengaruh terkenal Khairul Aming serta Kamal Adli.

Bagaimanapun, Kamal berkata dia tidak rajin ke mahkamah dan kalau boleh tidak mahu tahu lokasi mahkamah serta menyifatkan ianya bukan sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya tak rajin awak. Kalau boleh tak nak tahu dekat mana mahkamah. Memang tak best,” tulisnya.

Diruangan komen rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Kamal serta mendoakan yang baik-baik buat rumah tangganya.






Source link

OR

Scroll to Top