Laksana 15,000 acara sukan!

Laksana 15,000 acara sukan!

Laksana 15,000 acara sukan!


suliati@hmetro.com.my

Di padang sekolah, gelak tawa dan sorakan kanak-kanak menghidupkan semangat sukan.

Ada yang pertama kali menyepak bola, gugup memegang raket dan berlari tanpa henti walaupun peluh membasahi tubuh.

Di sinilah semuanya bermula! Bukan sekadar permainan, tetapi pembentukan keyakinan, disiplin dan keberanian dalam diri setiap kanak-kanak.

Sepanjang 2025, MILO® meneruskan komitmen jangka panjang jenama itu dalam membangunkan sukan akar umbi di Malaysia.

Lebih 15,000 acara sukan sudah dilaksanakan di seluruh negara, membabitkan lebih 9 juta rakyat Malaysia.

Usaha ini diperkukuh melalui kerjasama strategik bersama pelbagai rakan kongsi nasional termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan 50 persatuan sukan negara.

Aspek keterangkuman turut menjadi teras utama MILO®.

Sehingga kini, program ini sudah menjangkau lebih 12,500 sekolah rendah di seluruh negara, termasuk sekolah luar bandar, komuniti Orang Asli, kanak-kanak berkeperluan khas serta atlet para.

Usaha berterusan turut dilakukan untuk meningkatkan penyertaan kanak-kanak perempuan dalam sukan, memastikan peluang sama rata dapat dinikmati semua.

Tahun 2025 juga mencatat sejarah penting dalam pembangunan sukan akar umbi.

Program MILO® Hidup Bola edisi ke-20 menyaksikan juara pertandingan buat pertama kalinya muncul dari Sabah, satu pencapaian yang membuktikan bakat sukan wujud di seluruh pelosok negara.

Komitmen MILO® terhadap pembangunan bakat turut diperluas melalui MILO® x FAM Ultimate Experience 2025, liga pembangunan bola sepak yang membabitkan lebih 10,000 pemain muda dari seluruh negara.

Buat pertama kali, pemain bola sepak wanita turut menyertai program ini, sekali gus membuka peluang di peringkat akar umbi.

Di pentas kebangsaan pula, kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) menyaksikan kemunculan juara keseluruhan baharu sekali gus mencerminkan hasil pelaburan jangka panjang dalam pembangunan sukan sekolah.

Kejayaan ini bukan sekadar soal pingat, tetapi bukti jelas pembangunan berterusan di peringkat sekolah mampu melahirkan atlet berdaya saing di peringkat nasional.

Ketua Pemasaran Sukan MILO® Malaysia, Kerwin Lim berkata, pencapaian ini lebih daripada kemenangan semata-mata.

“Sukan adalah medium terbaik untuk membentuk karakter dan membuka potensi insan.

“Apabila kanak-kanak diberi peluang, mereka bangkit dengan keyakinan bukan sahaja di padang, tetapi juga dalam kehidupan,” katanya.

Selain pertandingan, MILO® turut menggerakkan gaya hidup aktif melalui inisiatif komuniti berskala besar seperti MILO® Malaysia Breakfast Day.

Pada tahun ini sahaja, acara itu menghimpunkan kira-kira 75,000 peserta di seluruh negara, menjadikannya antara inisiatif komuniti terbesar MILO®, dengan pembabitan masyarakat setempat.

Kerwim berkata, lebih daripada sekadar aktiviti fizikal, program-program MILO® menjadi platform pembentukan nilai kehidupan.

“Usaha ini diperkukuhkan melalui MILO® Champions Clinic iaitu program yang direka khusus untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun bagi memperkenalkan asas pelbagai jenis sukan dalam persekitaran menyeronokkan dan tersusun.

“Dikendalikan jurulatih bertauliah, program ini menekankan pembinaan keyakinan dan kemahiran asas.

“Dengan pendedahan awal sebegini, ia menjadi asas penting dalam kehidupan di sekolah dan masa depan mereka,” katanya.

Selama 75 tahun menyokong pembangunan sukan di Malaysia, MILO® terus memperluas akses, menyediakan laluan pembangunan dan menyokong atlet mudasekali gus memastikan setiap kanak-kanak berpeluang bermain dan menjadi juara, bukan sahaja di padang, tetapi juga dalam kehidupan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top