Suami kepada aktres Erra Fazira iaitu Ezwan Zain berkata dirinya mungkin tidak sempurna namun berjanji akan menjaga amanah sebaik mungkin.
Menerusi ucapan pada majlis berkenaan, Ezwan berkata dia menzahirkan majlis resepsi istimewa buat isteri tercinta serta akan sentiasa disisi Erra.
BACA: “Menantu Aku Handsome, Anak Aku Cantik” – Ibu Erra Fazira Puji Mr E
“Majlis ini dirancang khas untuk awak yang layak diraikan dengan penuh kasih, keindahan dan ketenangan. Walaupun kita semua tahu perancangan perkahwinan memang menguji sedikit kesabaran, namun, Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.
“Terima kasih kerana pilih saya serta atas kepercayaan, kesabaran dan kasih sayang diberi. Saya berjanji kita akan terus bersama, belajar dan sentiasa berada di sisi awak.
“Saya mungkin tidak sempurna, tetapi, saja berjanji di hadapan semua yang hadir pada malam ini untuk menjaga amanah ini sebaiknya serta bina rumah tangga yang sakinah dan mawadah,” katanya.
Sementara itu, Erra berkata dia mahu menjadi isteri terbaik buat suaminya serta memuji suaminya yang berpenat lelah untuk majlis resepsi mereka.
“Saya puji suami saya Ezwan Zain kerana melakukan segala-galanya. Saya rasa sangat bertuah atas penat lelah dan pengorbanannya yang tidak tidur malam semata-mata untuk majlis pada malam ini.
“Malah, sehingga melangkah ke dalam dewan, dia masih lagi bimbangkan semua orang dan mahukan semua tetamu gembira .
“Saya akan semat memori ini selama-lamanya dan bimbinglah saya dengan baik. Saya ingin jadi isteri yang baik buat awak,” katanya.
Sumber: BH Online





