KUALA LUMPUR: Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira, 51, memaklumkan dia masih perlu memantau aktiviti seni anaknya, Auddra Zulkifli yang kini semakin rancak.
Menurutnya, keperluan tersebut atas faktor usia anak ketiganya itu yang masih terlalu muda untuk menentukan sendiri hala tuju kerjaya.
“Mak ayah tak masuk campur ketika saya baru menjadi artis. Tapi zaman sekarang keadaan berbeza.
“Auddra baharu 16 tahun. Dia perlukan saya jika betul dia sudah bersedia untuk bekerja dalam bidang seni.
“Dia terlalu muda. Saya kena bimbing dan pantau aktiviti seninya.
“Tapi pembabitan saya ini untuk sementara waktu sahaja cuma saya akan lepaskan Auddra jika ada pengurus yang bagus,” katanya.
Sharifah juga terpanggil menggunakan pengalamannya untuk membimbing Auddra.
“Saya harap karier seninya terus berkembang, tak mahu terkubur selepas sertai pertandingan Talk To My Manager.
“Kerana itu saya perlu uruskan dia, bantu cari konsep dan hala tuju seninya.
“Saya enggan dia tergopoh gapah, seeloknya dia dahulukan muzik sebelum berlakon,” ujarnya. – UTUSAN





