Rita Rudaini Tempelak Isu Nafkah Anak, Didakwa Sindir Bekas Suami – “Apa Rasa Makan Duit Bukan Hak Kita?”

Rita Rudaini Tempelak Isu Nafkah Anak, Didakwa Sindir Bekas Suami –  “Apa Rasa Makan Duit Bukan Hak Kita?”


Pelakon, Rita Rudaini sekali lagi mencuri tumpuan apabila meluahkan rasa berang terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan, susulan dakwaan gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak mereka.

Menerusi satu perkongsian di Threads miliknya, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, menyuarakan kekecewaan terhadap sikap Aidil yang didakwa mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab sebagai bapa.

“Nak buat apa pun, nak pergi mana pun, hutang nafkah anak itu selesaikan dulu. Nak tahu juga, rasa apa kalau makan duit yang bukan hak kita? Sedap ke?” tulisnya.

Aktres berusia 49 tahun itu turut mengingatkan mengenai isu penggunaan duit raya anak-anak yang menurutnya tidak wajar dan bertentangan dengan hukum agama.

“Guna duit raya anak haram. Culas nafkah anak jahanam,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, luahan Rita itu menerima pelbagai respons yang rata-rata netizen menyokong pendiriannya, selain menganggap isu nafkah anak sebagai perkara serius yang tidak seharusnya dipandang ringan.

Untuk rekod, Rita dan Aidil pernah mendirikan rumah tangga sebelum bercerai talak satu pada September 2013 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Artikel Berkaitan: “Kalau Bekas Suami Tu Dah Nak Mamp*s, Tak Ada Lah Sakit Hati Kalau Tak Dapat Bayar Nafkah” – Rita Rudaini



Source link

OR

Scroll to Top