Pelakon Kamal Adli memberitahu ramai yang bertanyakan dimana dia menyambut tahun baru namun aktor itu mempersoalkan bagaimanapun dia mahu rasa gembira susulan situasi dilaluinya ketika ini.
Menerusi hantaran di Threads, Kamal menyifatkan tahun baru kali ini paling tidak seronok buatnya dan hanya Allah sahaja yang tahu mengenai perasaannya.
BACA: “Ayah Terlalu Rindukan Kamu Anak” – Kamal Adli

“Ramai yang tanya semalam saya sambut tahun baru dekat mana. Beritahu macam mana saya nak sambut, nak gembira dan senyum-senyum depan orang kan.
“Nak tengok bunga api pun tak sampai hati. Tahun baru paling tak best. Allah je tahu. Nasib ada shooting dan ada Thread ni.. Kalau tak,” tulisnya.
Perkongsian Kamal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu agar terus kuat menghadapi dugaan.





