Gol kedua 'membunuh' pasukan – Cheng Hoe


mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali sementara Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui barisan pemain sudah mempamerkan aksi terbaik walaupun terpaksa akur tunduk 0-2 kepada Vietnam dalam aksi pertama separuh masa kedua Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Beliau berkata, barisan anak buahnya terutamanya pemain muda sudah menunjukkan corak permainan terbaik terutamanya mengikuti setiap strategi atau taktikal yang diterapkan namun gagal menterjemahkannya kepada gol.

“Kita hantar pasukan terbaik dan barisan pemain mempamerkan aksi terbaik dan menunjukkan komitmen tinggi dan saya berbangga dengan prestasi mereka.

“Perubahan taktikal Vietnam cukup bahaya namun pada separuh masa pertama kita mencipta dua peluang terbaik dan gagal diterjemahkan kepada gol.

“Separuh masa kedua kita mengawal perlawanan namun tidak bernasib baik dan ini baik untuk pendedahan kepada pemain namun sebenarnya gol kedua ‘membunuh’ kami,” katanya, dalam sidang media selepas tamat aksi pertama separuh akhir Piala ASEAN 2026, di sini, sebentar tadi.

Skuad Harimau Malaya berdepan laluan berliku untuk menempah tiket ke final selepas tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Piala ASEAN 2026.

Gol pertama perlawanan disumbangkan Nguyen Xuan Son menghukum kelalaian benteng negara apabila menanduk masuk bola pada saat akhir separuh masa pertama.

Malaysia dihukum jaringan kedua apabila Faris Danish Asrul tertampan hantaran Nguyen Quang Hai sehingga bola menerjah gawang sendiri untuk memberikan Vietnam kelebihan 2-0 kepada Vietnam.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia kini berdepan tugas getir apabila bertandang ke Stadium My Dinh, Hanoi pada 19 Ogos ini dan perlu menang dengan jumlah gol besar untuk menghidupkan peluang menempah slot ke final Piala ASEAN 2026.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top