Serangan di pasar, lebih 30 orang terbunuh

Serangan di pasar, lebih 30 orang terbunuh

Serangan di pasar, lebih 30 orang terbunuh


Maiduguri, Nigeria: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan beberapa orang lagi diculik apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pasar di negeri Niger, Nigeria, kata polis hari ini.

Jurucakap polis Wasiu Abiodun berkata, kumpulan digelar penyamun tempatan itu memasuki pasar Kasuwan Daji di Kampung Demo sekitar 4.30 petang Sabtu dan membakar gerai serta merampas makanan.

“Lebih 30 mangsa terkorban semasa serangan itu dan beberapa orang juga diculik. Usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan mangsa yang diculik,” kata Abiodun.

Saksi berkata, suspek tiba dengan motosikal dan melepaskan tembakan secara rambang.

Mereka berkata keganasan itu adalah sebahagian daripada siri serbuan yang bermula pada Jumaat di kampung-kampung berdekatan Agwarra dan Borgu.

“Wanita dan kanak-kanak tidak terkecuali,” kata Dauda Shakulle yang cedera semasa melarikan diri.

Menurutnya juga, “tiada kehadiran pasukan keselamatan sejak serangan bermula. Kami sedang mencari mayat.”

Tentera Nigeria tidak memberi respons segera apabila diminta mengulas kejadian.

Serangan itu berlaku beberapa minggu selepas lelaki bersenjata menculik lebih 300 kanak-kanak dan kakitangan sebuah sekolah Katolik di negeri di tengah Nigeria.

Mangsa tersebut dibebaskan selepas hampir sebulan dalam kurungan.

Aktiviti jenayah demikian meningkat di barat laut dan tengah Nigeria, dengan kumpulan bersenjata melakukan pembunuhan beramai-ramai dan penculikan di kawasan luar bandar.

Pasukan keselamatan bergelut untuk membendung keganasan meskipun operasi berjalan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top