Starlink janji internet percuma untuk Venezuela hingga 3 Februari

Starlink janji internet percuma untuk Venezuela hingga 3 Februari


Moscow: Perkhidmatan internet satelit Starlink milik SpaceX yang dimiliki oleh usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk memaklumkan bahawa ia akan menyediakan akses internet percuma dan tanpa gangguan kepada rakyat Venezuela hingga 3 Februari, susulan operasi keselamatan di Caracas, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Starlink menyediakan perkhidmatan jalur lebar percuma kepada rakyat Venezuela hingga 3 Februari, bagi memastikan ketersambungan yang berterusan,” menurut kenyataan yang dimuat naik di platform X lewat Sabtu.

Starlink adalah rangkaian satelit generasi akan datang yang dilancarkan oleh SpaceX pada Februari 2018 dan direka untuk menyediakan akses internet jalur lebar di seluruh dunia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top