“Content Suami Takut Isteri, Jalan Pantas Ke Perceraian” – Sharnaaz Ahmad

“Content Suami Takut Isteri, Jalan Pantas Ke Perceraian” – Sharnaaz Ahmad

“Content Suami Takut Isteri, Jalan Pantas Ke Perceraian” – Sharnaaz Ahmad


Pelakon, Sharnaaz Ahmad mencetuskan perhatian ramai apabila tampil memberi teguran lantang terhadap trend penciptaan kandungan di media sosial yang memaparkan imej suami ‘takut isteri’, yang disifatkannya berbahaya dan merosakkan rumah tangga.

Menerusi satu perkongsian di Instagram (IG), Sharnaaz menjelaskan pendiriannya itu bukan bersifat emosi atau kemarahan, sebaliknya satu nasihat jujur berdasarkan pemerhatiannya terhadap realiti kehidupan berumah tangga.

“Aku tak marah. Ini nasihat kepada pencipta kandungan. Aku nak tegur yang suka buat content ke arah takut isteri,” katanya.

Menurut aktor filem Blood Brothers: Bara Naga itu, kandungan yang dibina sekadar untuk hiburan sebenarnya memberi kesan psikologi jangka panjang kepada pasangan, terutama apabila karakter yang dilakonkan terbawa-bawa ke dunia sebenar.

“Apa yang kau buat untuk content itu, tanpa sedar akan jadi cara kau bercakap dan melayan pasangan dalam kehidupan nyata,” ujarnya.

Sharnaaz turut menegur segelintir wanita yang merasakan lakonan dominan dalam kandungan media sosial sebagai perkara remeh, yang didakwa boleh membentuk sikap dan komunikasi yang tidak sihat dalam perkahwinan.

Dalam masa sama, aktor itu menegaskan konsep hubungan suami isteri perlu berteraskan rasa hormat, bukannya ketakutan yang akhirnya mewujudkan tekanan dan ketidakseimbangan peranan.

“Kita bukan takut dengan perempuan. Kita hormat. Hormat dan takut itu dua perkara berbeza,” tegasnya.

Mengulas lebih lanjut, Sharnaaz mendakwa trend sedemikian bukan sesuatu yang terpencil, malah sering berakhir dengan keretakan rumah tangga.

“Bukan sekali dua aku tengok. Yang suka buat content macam ni, kesudahannya bercerai. Kalau suami takut dengan isteri, rumah tangga itu memang akan ada masalah.

“Aku tak mahu tengok kes bercerai yang semuanya bermula daripada benda yang dianggap lawak,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top