“Buat Konten ‘Takut Bini’…Akhirnya Bercerai”

“Buat Konten ‘Takut Bini’…Akhirnya Bercerai”

“Buat Konten ‘Takut Bini’…Akhirnya Bercerai”


Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menegur segelinri pencipta kandungan agar tidak menjadikan isu ‘takut bini’ sebagai konten.

Menerusi satu video, Sharnaaz berkata video tersebut boleh mempengaruhi perkahwinan individu itu sendiri serta dibimbangi akan memberi kesan negatif.

BACA: “Sharnaaz Muka Saja Garang, Tapi Sebenarnya Dia ‘Sweet’” – Shukri Yahaya

“Saya bukan marah. Ini lebih kepada nasihat kepada content creator yang suka buat video. Kita memang kena ikut peredaran zaman, tapi kita juga kena sedar apa yang kita pengaruhi kepada orang ramai, khususnya dalam hal perkahwinan.

“Kepada kaum wanita yang kononnya korang berlakon tu, tak sedar ke apa yang korang buat tu dalam dunia nyata akan terbawa juga dan itu cara korang akan bercakap dengan suami masing-masing. Saya perasan, ramai yang buat content macam ini, akhirnya berakhir dengan perceraian,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz berpendapat isteri tidak seharusnya ditakuti, tetapi dihormati. Jelasnya lagi, dia juga bimbang konten sedemikian memberi contoh yang salah.

“Kita bukan takut dengan wanita, kita hormat wanita. Tapi kalau dalam perkahwinan, lelaki sampai takut, perkahwinan itu akan ada masalah.

“Jangan sampai semata-mata nak cari duit, akhirnya kita memalukan diri sendiri dan memberi contoh yang salah kepada masyarakat,”katanya.






Source link

OR

Scroll to Top