Pelakon Uqasha Senrose berkata dia kini mahu meneruskan kehidupan ke hadapan bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira selepas sah bercerai talak satu semalam.
Memetik Astro Gempak, Uqasha tiada hasrat untuk kembali rujuk dengan bekas suaminya, Kamal Adli.
BACA: “Tiada Ruang Rujuk, Saya Nak Teruskan Hidup Dengan Tenang”
“Buat masa ini, memang tiada istilah mahu rujuk. Soal ke depan kita tak tahu, masa depan pun kita tak boleh jangka.
“Tetapi apa boleh saya cakap sekarang, saya nak melangkah ke depan sahaja. Ke depan dan terus ‘move on’,” katanya.
Sementara itu, Uqasha memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai perceraian yang berlaku serta mendoakan agar bekas suaminya lebih bertanggungjawab.
“Kami pernah bergelar suami isteri dan sekarang sudah jatuh satu talak. Saya tak tahu apa lagi nak diperkatakan.
“Apa yang saya tahu, saya mahu melangkah ke depan untuk 2026. Perkara tadi sudah berlaku dan lafaz pun sudah dibuat. Saya cuma doakan dia menjadi insan lebih bertanggungjawab,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






