Pelakon Uqasha Senrose mengingatkan netizen untuk tidak melebih-lebih memperkatakan mengenai urusan peribadinya serta hal perceraiannya dengan Kamal Adli.
Menerusi hantaran di Threads, Uqasha berkata ada segelintir netizen yang ‘over’ seolah seperti mereka pula yang bercerai.
BACA: Kamal Adli, Uqasha Senrose Sah Bercerai Talak Satu

“Tolong netizen tak payah over dan melebih-lebih sangat. Macam dia pula yang bercerai. Jangan lebih-lebih,” tulisnya.
Sementara itu dalam satu hantaran lain, Uqasha hanya membiarkan mana-mana pihak untuk bercakap apa pun yang mereka mahukan.
“Sign. Cakap la apa pun nak,” katanya.
Semalam, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu dan mahkamah memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat.





